Tag: Ramli Sarip

  • Ramli Sarip – Anugerah Nabi

    Ramli Sarip – Anugerah Nabi

    Anugerah Nabi ialah salah satu lagu daripada albumnya Sadaqa yang dilancarkan pada tahun 2012. Lagunya disusun oleh Ramli Sarip sendiri manakala penulis liriknya ialah A Samad Said. Walaupun lagu ini sudah lama, namun pada tahun 2020, saluran rasmi Ramli Sarip di Youtube telah melancarkan video lirik khusus untuk para pendengar menghayati lagu ini.

    Video Lirik

    Lirik Lagu

    Pada suatu malam lena tidur yang mesra
    Telah mercup mimpi berlalu di hati
    Pepohon ia berbaur warna
    Tak dengar lidah lancar bersuara
    Sekitar pertemuan bermakna

    Hak seorang nabi
    Setelah membelah bulan dengan jari
    Terkuak hina diantaranya
    Dalam celik mimpi menjadi
    Begitu bernafas dan sebati

    Kerana ada ucapan terlalu berpesan
    Manfaat bagi seluruh ummah
    Dan peristiwa teka teki bagi Quraish
    Anugerah abadi bagi nabi
    Begitu dilalui dengan tapak lembut

    Hak seorang nabi
    Setelah membelah bulan dengan jari
    Terkuak hina diantaranya
    Dalam celik mimpi menjadi
    Begitu bernafas dan sebati

    Kerana ada ucapan terlalu berpesan
    Manfaat bagi seluruh ummah
    Dan peristiwa teka teki bagi Quraish
    Anugerah bagi nabi
    Begitu dilalui dengan tapak lembut


    Begitu jujur diceritakan
    Begitu jujur diceritakan
    Diceritakan

    Begitu jujur diceritakan
    Begitu jujur diceritakan
    Begitu jujur diceritakan

    Begitu jujur
    Begitu jujur
    Begitu jujur diceritakan

    Begitu jujur diceritakan
    Begitu jujur diceritakan
    Begitu jujur diceritakan

  • Album Sadaqa (2012)

    Album Sadaqa (2012)

    Sadaqa ialah sebuah album kompilasi yang dinyanyikan oleh artis Ramli Sarip.

    Album ini dikira dekat dengan hati Ramli Sarip kerana tujuan pelancarannya ialah untuk mengutip derma untuk Masjid Hasanah di Singapura. Hasil temu bual bersama beliau mendedahkan bahawa semasa masih kecil, beliau sering ke sana bersama kawan-kawannya dan mempunyai banyak kenangan di situ.

    Senarai Lagu

    Album ini memuatkan 14 buah lagu bersama 4 lagu baru iaitu “Ku Cari Damai Abadi”, “Ramadan”, “Kekasihku” dan “Ziarah”.

    1. ‘Iqra
    2. Bahasa Terindah
    3. Kekasihku
    4. Tangan Tangan Amal
    5. Bukan Kerana Nama
    6. Ku Cari Damai Abadi
    7. Anugerah Nabi
    8. Ziarah
    9. Perjalanan Hidup
    10. Negeri Hakiki
    11. Ramadan
    12. Haji
    13. Andai Ku Tahu
    14. Kau Yang Satu

    Sumber

    1. CD Ramli Sarip – Sadaqa, Music & Media, CD’s, DVD’s, & Other Media on Carousell
    2. Album ‘Sadaqa’ RAMLI SARIP Yang DiHarap Dapat Di Rliliskan Di Malaysia (rawk.com.my)
  • Ramli Sarip – Musafir Rindu

    Ramli Sarip – Musafir Rindu

    Lagu balada nyanyian bersama Ramli Sarip dan Dayang Nurfaizah ini sangat meruntun jiwa. Mengisahkan rindu yang tidak berkesudahan terhadap pasangan yang telah menghadap Ilahi, lagu ini membawa kita untuk menghayati rasa rindu yang turut dibayangi konsep redha.

    Video Lirik

    Video lirik untuk lagu ini boleh didapati di laman YouTube Rasmi Ramli Sarip.

    Lirik Lagu Ramli Sarip – Musafir Rindu

    Intro:
    [Ramli Sarip]
    Hujan malam menambah resah
    Hati sepi semenjak kau tiada
    Semakin hari semakin rindu
    Biarpun tubuh terpisah jauh

    Verse 1:
    [Dayang Nurfaizah]
    Bagai patah tak tumbuh lagi
    Bagai hilang tidak berganti
    Bagai terbawa separuh diri
    Bersama pergimu yang tak kembali

    [Ramli Sarip]
    Bukanlah gurauan
    Bukan sekadar mainan perasaan

    [Dayang Nurfaizah]
    Apa yang tersurat
    Itu yang tersirat namun ku rela

    [Ramli Sarip]
    Dalam doaku kusebut namamu
    Tenanglah dikau sayangku

    Verse 2:
    Aku bagai musafir lalu
    Menyusulmu sudahlah tentu
    Disana kasih kekal abadi
    Suci dan kudus kesepakatan Ilahi

    Ulang Verse 1

    [Dayang Nurfaizah]
    Dalam doaku kusebut namamu
    Tenanglah dikau sayangku

  • Ramli Sarip – Nyanyian Serambi

    Ramli Sarip – Nyanyian Serambi

    Lagu ini mengisahkan berkenaan seseorang yang keluar mencari rezeki dan tetap tidak melupakan orang yang tersayang.

    Lirik Ramli Sarip – Nyanyian Serambi

    Keluar pagi balik petang
    Adakala sampai malam
    Cari rezeki bawa pulang
    Buat orang yang tersayang
    ooo bersabarlah

    Wajahmu dimana mana
    Senyum kasih mesra kasih
    Cinta murni kan bersemi
    Bersama ketulusan budi
    ooo bersemilah

    Lama kucarik rahsia kaseh
    Rindu kaseh untuk berkaseh
    Senang senang duduk di serambi
    Senandung lagu puisi
    Zikir zaman nyanyian…

    Maklumat Lagu