Tag: Sudirman

  • Album Lagu Cinta (1982)

    Album Lagu Cinta (1982)

    Lagu Cinta ialah sebuah album studio yang dihasilkan oleh penyanyi terulung Malaysia, Sudirman Haji Arshad. Album ini dikeluarkan pada tahun 1982.

    Terdapat tiga lagu yang menjadi runut bunyi untuk satu-satunya filem lakonan Sudirman, Kami (1982) iaitu Pelangi Petang, Kesepian dan Budak Baru.

    Senarai Lagu

    Muka Satu
    No.TajukPenulisMasa
    1.“Bila Wajahmu Kubayangkan”  S. Atan, Sudirman3:00
    2.“Cahaya Hidupku”  S. Atan, Haron Abdul Majid3:56
    3.“Malam Ini”  Osman Ghani4:04
    4.“Ding A Ding Gale (Kawin Lari)”  Osman Ghani, Sudirman & Osman Ghani3:11
    5.Pelangi Petang” (Lagu daripada filem Kami)Kassim Masdor, Sudirman3:40
    Muka Dua
    No.TajukPenulisMasa
    1.“Oh Mengapa”  Ghani Atan, Sudirman4:20
    2.“Tetapkan Hatimu” (Nyanyian asal oleh A. Rahman)Hakcipta Terpelihara3:03
    3.“Kesepian” (Lagu daripada filem Kami)Kassim Masdor, Sudirman3:12
    4.“Serba Sederhana”  S. Atan, Haron Abdul Majid4:04
    5.“Budak Baru” (Lagu daripada filem Kami)Sudirman & Fauzi Marzuki, Sudirman2:59

    Sumber

    1. Lagu Cinta (album) – Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
  • Sudirman – Pelangi Petang

    Sudirman – Pelangi Petang

    Pelangi Petang, lagu nyanyian Sudirman. Lagu ini ditulis oleh Sudirman sendiri manakala penyusunnya ialah Kassim Masdor.

    Video Lirik

    Lirik Lagu

    Ku meniti awan yang kelabu
    Ku tempuhi lorong yang berliku
    Mencari sinar yang menerangi
    Kegelapanku…

    Ku percaya nanti suatu masa
    Sang suria kan menyinar jua
    Membawa harapan yang menggunung
    Bersamanya…

    Engkau tiba bagaikan pelangi
    Tak bercahya namun kau berseri
    Tapi cukup menghiburkan
    Hati ini

    Seharian waktu bersamamu
    Tak terasa saat yang berlalu
    Bagai pelangi petang kau kan pasti
    Pergi jua…