Hattan – Rendang Tak Berbuah
Lagu ini dipopularkan oleh penyanyi Hattan dan dilancarkan pada tahun 1996.
Tidak ramai orang mengetahui bahawa penulis lirik lagu ini ialah saudara Bob Lokman. Dalam temu bual bersama Ad Samad, Bob Lokman menceritakan keadaannya yang lumpuh seketika akibat slipped disc telah membuatkannya terpaksa bergantung kepada ibu dan keluarganya untuk kelangsungan hidup.
Lirik
Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisiku
Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah
Hanya memadukan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara
Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu
Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya
Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa duka
Yang penuh penyesalan
Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam
Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya
Sakit ku rasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam
Apa kata mereka?